Polis tahan penceramah bebas disyaki rogol remaja

SHAH ALAM, 19 Julai : Polis menahan seorang penceramah bebas di Kuala Selangor petang semalam kerana disyaki terlibat kes rogol seorang remaja perempuan.
Pemimpin politik dikenal pasti putar belit kenyataan PM – Annuar

KUALA LUMPUR, 19 Julai : Seorang pemimpin parti politik telah dikenal pasti menyebarkan sebahagian petikan video mengelirukan yang cuba memutarbelitkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dewan Rakyat berhubung penggunaan minyak paket bersubsidi oleh ‘Makcik Goreng Pisang.’
Penganggur didakwa bunuh ibu kandung

MELAKA, 19 Julai : Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas tuduhan membunuh ibu kandungnya pada 5 Julai lepas.
Ekonomi Malaysia kukuh, kemungkinan bankrap seperti Sri Lanka amat tipis – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 19 Julai : Ekonomi Malaysia jauh lebih kukuh daripada Sri Lanka jika dibandingkan indikator ekonomi kedua-dua negara, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
China dijangka tingkatkan import minyak sawit Malaysia di sebalik cabaran global semasa

KUALA LUMPUR, 19 Julai : Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) yakin China akan meningkatkan import minyak sawit walaupun sedang berdepan cabaran global semasa.
Tuntutan kumpulan Sulu: PM beri jaminan lindungi aset negara

PUTRAJAYA, 19 Julai : Susulan isu tuntutan kumpulan Sulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan bahawa kerajaan akan melindungi aset negara dengan menggunakan saluran perundangan sedia ada.
Dakwaan kerajaan kurangkan bantuan, subsidi tidak benar – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 19 Julai : Kementerian Kewangan hari ini menafikan dakwaan bahawa kerajaan telah bertindak mengurangkan bantuan dan subsidi.
Permohonan pekerja asing tidak berdasarkan kewarganegaraan – M. Saravanan

KUALA LUMPUR, 19 Julai : Permohonan pekerja asing oleh majikan tidak berdasarkan kewarganegaraan pekerja, sebaliknya melibatkan pekerja asing dari 15 negara sumber, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.
Isu beku pekerja asing: Malaysia setuju secara dasar integrasi sistem dengan Indonesia

KUALA LUMPUR, 19 Julai : Malaysia bersetuju secara dasar untuk mengintegrasikan sistem dengan Indonesia berhubung pengambilan pekerja asing ke negara ini.
Isu MoU pengambilan pekerja, pembiayaan subsidi antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR, 19 Julai : Isu Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia berhubung pengambilan pekerja republik itu serta kaedah kerajaan membiayai jumlah keseluruhan subsidi dijangka menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.