Sultan Johor bakal dianugerah Ijazah Kehormat NUS

JOHOR BAHRU, 19 Julai: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bakal dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Undang-Undang dari Universiti Nasional Singapura (NUS) ketika lawatan rasmi baginda ke republik itu selama dua hari bermula esok.

Polis tahan tiga ‘doktor’ dadah

KUALA LUMPUR, 19 Julai: Tiga pembekal dadah di pusat hiburan di sekitar ibu negara yang digelar ‘doktor’ adalah antara 180 individu ditahan dalam operasi khas pusat hiburan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur.

Indonesia akan sekat Facebook, Google, Whatsapp jika tidak berdaftar dengan kementerian

JAKARTA, 19 Julai : Pihak berkuasa Indonesia bersedia untuk menyekat aplikasi media sosial dan perkhidmatan dalam talian termasuk Google, Facebook, dan WhatsApp dalam beberapa hari akan datang jika pihak terbabit gagal mendaftar dengan Kementerian Komunikasi dan Informasi negara itu, lapor Xinhua.