Piala Asia 2023: Empat negara tawar diri ganti China
KUALA LUMPUR, 18 Julai: Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini mengesahkan Australia, Indonesia, Korea Selatan dan Qatar telah mengemukakan tawaran untuk menggantikan China sebagai tuan rumah Piala Asia 2023.
Sarawak pastikan rancangan pembinaan rangkaian jalan raya penuhi keperluan masa depan
KUCHING, 18 Julai: Kerajaan Sarawak sedang mengambil pelbagai langkah bagi memastikan rancangan-rancangan pembinaan rangkaian jalan raya dalam negeri dapat memenuhi keperluan kelancaran trafik dalam jangka masa panjang.
RAM Ratings beri penarafan AAA(S)/Stabil ke atas Sukuk Wilayah Sarawak Petchem
KUALA LUMPUR, 18 Julai: RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) telah memberikan penarafan akhir AAA (s)/Stabil kepada cadangan Nota Jangka Panjang Sederhana Islam (Sukuk Wakalah) bernilai RM6 bilion Sarawak Petchem Sdn Bhd.
KPM ambil pendekatan perincikan masalah dihadapi sekolah
TELUPID,18 Julai: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil pendekatan untuk memperincikan punca masalah yang dihadapi sekolah-sekolah bagi membolehkan ia diatasi segera.
Peniaga kedai runcit dikesan jual minyak masak paket bersubsidi pada harga RM3.50
MELAKA, 18 Julai: Seorang peniaga kedai runcit berdepan denda sehingga RM1 juta selepas dikesan menjual minyak masak paket bersubsidi RM3.50 sebungkus berbanding harga asal RM2.50.