Seorang lagi meninggal dunia, polis sahkan kemalangan berpunca lumba haram

GEORGE TOWN, 17 Julai : Angka kematian akibat kemalangan jalan raya membabitkan ‘kumpulan besar’ penunggang motosikal di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini awal pagi tadi bertambah apabila seorang lagi dilaporkan meninggal dunia.
MRSM Bintulu hampir siap, pembinaan MRSM Lawas diteruskan

KUCHING, 17 Julai : Projek pembinaan dua buah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) baharu di Sarawak berjalan lancar di sebalik gangguan yang timbul akibat pandemik COVID-19.
Beri tumpuan kepada kisah sejarah, pastikan industri filem berkembang – Wan Junaidi

PUTRAJAYA, 17 Julai : Pemain industri filem negara ini perlu memberi tumpuan kepada kisah-kisah sejarah serta perjuangan masa lalu dan masa kini bagi memastikan industri itu berkembang dengan baik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Bulatan di bawah seliaan DBKU akan diperindahkan

KUCHING, 17 Julai : Landskap di beberapa bulatan di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan diperindahkan menerusi projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanakan oleh syarikat korporat.
MH17 : Ukraine teguh dengan komitmen dapatkan keadilan

KUALA LUMPUR, 17 Julai : Ukraine sentiasa berpegang teguh pada komitmen untuk mencari kebenaran dan mendapatkan keadilan berkaitan insiden pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh.
多单位联手 洪清河一带办防骨痛热症社区活动

(古晋17日讯)为杜绝黑斑蚊及防止骨痛热症,多个单位今早一起联手在洪清河一带进行“杜绝黑斑蚊及防止骨痛热症”社区活动。
Hampir 10 ribu penduduk dipindahkan akibat kebakaran di Perancis

KUCHING, 17 Julai : Kebakaran besar yang masih belum dapat dipadamkan di dua kawasan di barat daya Perancis menyebabkan jumlah penduduk dipindahkan terus meningkat, kata pihak berkuasa.
PAWE Sri Satok dan rakan strategik ziarah ahli berdepan masalah kesihatan

KUCHING, 17 Julai : Program Sejuta Kasih yang dianjurkan secara bersama oleh Pertubuhan Kebajikan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sri Satok bersama Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia dan McDonald’s (McD) baru – baru ini menyantuni dua warga emas yang berdepan masalah kesihatan.
PKR akan bincang dengan DAP dan Amanah mengenai MoU kestabilan politik – Anwar

SHAH ALAM, 17 Julai : Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan perbincangan dengan DAP dan Amanah mengenai Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan (PH) yang akan berakhir 31 Julai ini.
Dua remaja maut, dua cedera kereta jatuh dalam longkang

JOHOR BAHRU, 17 Julai : Dua remaja lelaki maut manakala dua lagi rakan mereka cedera selepas kereta jenis Proton Wira dinaiki dipercayai hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan sebelum terjatuh ke dalam longkang besar dipenuhi air di KM14.3 Lebuhraya Sultan Iskandar di sini, pagi tadi.