Kenaikan harga barang: Persatuan Kek lapis Sarawak mahu bekerjasama dengan pembekal
KUCHING, 11 Julai : Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak bercadang untuk mengadakan perbincangan dengan pembekal bahan kek tersebut dalam masa terdekat ini bagi mengelakkan peningkatan mendadak harga produk ikonik Bumi Kenyalang itu.
85 rakyat Malaysia di Sri Lanka selamat – Saifuddin
KUANTAN, 11 Julai : Seramai 85 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Sri Lanka dilaporkan selamat walaupun berlaku ketegangan di negara itu, kata Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Tujuh juta rakyat Malaysia masih belum ambil dos penggalak COVID-19 – PM
BERA, 11 Julai : Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata seramai tujuh juta rakyat Malaysia masih belum mengambil dos penggalak COVID-19 setakat ini dan menasihati mereka segera berbuat demikian.
Empat sekeluarga maut kemalangan di Saratok
SARATOK, 11 Julai : Empat orang yang dipercayai ahli keluarga maut selepas kereta jenis Honda City yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Jalan Saratok – Sarikei di sini, hari ini.
Suspek bunuh ibu tunggal di Mukah diberkas kurang sejam
MUKAH, 11 Julai : Seorang lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes bunuh seorang ibu tunggal di sebuah pusat peranginan di sini semalam.