Kejohanan Boling Dunia : Natasha, Li Jane mara ke separuh akhir

KUALA LUMPUR, 10 Julai : Pemain boling negara Natasha Roslan dan Sin Li Jane mara ke separuh akhir beregu wanita Kejohanan Dunia di Alabama, Amerika Syarikat pada Sabtu (pagi Ahad di Malaysia), untuk kekal di landasan bagi meraih pingat pertama mereka pada kejohanan itu.

Prestasi ekonomi suku kedua terus diperkukuh, Bajet 2023 akan tingkatkan daya tahan – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 10 Julai : Prestasi ekonomi negara dilihat beransur pulih dan mula mengembang berdasarkan pelbagai indikator termasuk data terkini bagi bulan Mei 2022, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semalam.

Perjanjian tambahan mampu gabung ketidakpatuhan, janji tidak ditunai dalam MA63 – Ongkili

LABUAN, 10 Julai : Berbanding Perjanjian Malaysia baharu, perjanjian tambahan dianggap mampu menggabungkan semua ketidakpatuhan dan janji yang tidak dipenuhi dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Kes tipu pakej haji: Polis tahan lima individu

KUALA LUMPUR, 10 Julai : Lima termasuk dua wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes tipu tawaran pakej haji dan visa yang tidak wujud membabitkan hampir 400 bakal jemaah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Khamis lepas.