Tidak perlu MA63 ‘baharu’, hanya ‘perbetulkan’ yang sedia ada – Abang Johari

KUCHING, 10 Julai : Premier Sarawak menegaskan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak memerlukan ‘kerangka baharu’ sebaliknya apa yang perlu dilakukan ialah memperbetulkan perkara – perkara yang dipersetujui sebelum ini.
Mayat kanak-kanak lelaki ditemukan terapung di celah daun keladi, SAR kanak-kanak perempuan diteruskan

BEAUFORT, 10 Julai : Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang petang semalam ditemukan lemas di Kampung Kuridak, Gerama, dekat sini, hari ini.
100 asnaf terima sumbangan daging korban

KUCHING, 10 JULAI : Seramai 100 orang asnaf daripada Gabungan Saudara Kita di sekitar bandar raya ini telah menerima sumbangan daging korban di Dewan Hikmah Petra Jaya, di sini hari ini.
Aidiladha, ibadah korban meriah di Sarawak, Sabah

KUCHING, 10 Julai : Penantian umat Islam di Sarawak dan Sabah untuk menunaikan ibadah korban secara bebas dan meriah sempena sambutan Hari Raya Aidiladha selepas dua tahun ibadah itu dihadkan berikutan penularan COVID-19, berakhir tahun ini.
Warga asing ditahan miliki senjata ketika solat Aidiladha

JOHOR BAHRU, 10 Julai: Polis menahan seorang lelaki warga asing kerana memiliki senjata berbahaya ketika mengadakan kawalan keselamatan sewaktu solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Abu Bakar di sini pagi tadi.
Indonesia sambut Aidiladha di tengah kebimbangan wabak FMD

JAKARTA, 10 Julai : Sambutan Hari Raya Aidiladha di Indonesia tahun ini diselubungi kebimbangan wabak penyakit kuku dan mulut (FMD) yang mengancam haiwan korban.
Kejohanan Boling Dunia : Natasha, Li Jane mara ke separuh akhir

KUALA LUMPUR, 10 Julai : Pemain boling negara Natasha Roslan dan Sin Li Jane mara ke separuh akhir beregu wanita Kejohanan Dunia di Alabama, Amerika Syarikat pada Sabtu (pagi Ahad di Malaysia), untuk kekal di landasan bagi meraih pingat pertama mereka pada kejohanan itu.
Prestasi ekonomi suku kedua terus diperkukuh, Bajet 2023 akan tingkatkan daya tahan – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 10 Julai : Prestasi ekonomi negara dilihat beransur pulih dan mula mengembang berdasarkan pelbagai indikator termasuk data terkini bagi bulan Mei 2022, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semalam.
Perjanjian tambahan mampu gabung ketidakpatuhan, janji tidak ditunai dalam MA63 – Ongkili

LABUAN, 10 Julai : Berbanding Perjanjian Malaysia baharu, perjanjian tambahan dianggap mampu menggabungkan semua ketidakpatuhan dan janji yang tidak dipenuhi dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
Kes tipu pakej haji: Polis tahan lima individu

KUALA LUMPUR, 10 Julai : Lima termasuk dua wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes tipu tawaran pakej haji dan visa yang tidak wujud membabitkan hampir 400 bakal jemaah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Khamis lepas.