Arab Saudi umum Hari Arafah jatuh pada Jumaat 8 Julai, Aidiladha Sabtu 9 Julai

KUALA LUMPUR, 30 Jun : Kerajaan Arab Saudi mengumumkan Hari Arafah, kemuncak ibadah Haji umat Islam, jatuh pada hari Jumaat 8 Julai ini dan Hari Raya Aidiladha di Arab Saudi akan disambut keesokannya pada Sabtu 9 Julai.
Tiga maut, Myvi bertembung treler

KUALA LUMPUR, 30 Jun : Tiga individu maut apabila kereta Perodua Myvi dinaiki dipercayai bertembung dengan sebuah treler di hadapan Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah, Hulu Selangor, awal pagi tadi.
Pandelela-Tze Liang tamat saingan di tempat kelima terjun berpasukan campuran

KUALA LUMPUR, 30 Jun : Gandingan penerjun negara Dato Pandelela Rinong dan Ooi Tze Liang hanya mampu menduduki tempat kelima dalam acara 3 meter (m) dan 10m berpasukan campuran pada Kejohanan Dunia 2022, lewat malam tadi.
Tiga jalan ditutup Ahad untuk Kuching Car Free Morning

KUCHING, 30 Jun: Program Kuching Car Free Morning kembali dianjurkan di pusat bandar pada Ahad ini bermula pada pukul 6 pagi.
Aifa dan Bonnie Bunyau dipilih pembawa jalur gemilang di Birmingham

KUALA LUMPUR, 30 Jun : Pemain skuasy wanita negara, Aifa Azman dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang kontinjen Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham 2022 menggantikan S. Sivasangari yang terlibat dalam kemalangan jalan raya Ahad lepas.
50,000 penjaja kecil Sarawak guna S Pay Global

KUCHING, 30 Jun : Aplikasi pembayaran tanpa tunai S Pay Global yang dilancarkan Kerajaan Sarawak turut dimanfaatkan oleh seramai 50,000 penjaja kecil di negeri ini.
Jenazah pesakit COVID-19 boleh dimandi, dikafankan – Khairy

KUALA LUMPUR, 30 Jun : Kementerian Kesihatan (KKM) menetapkan tatacara pengurusan jenazah Islam yang dijangkiti COVID-19 dibenarkan untuk dimandi dan dikafankan dengan amalan langkah berjaga-jaga, kata Menterinya Khairy Jamaluddin.
Jenazah lima beranak selamat dikebumikan dalam satu liang lahad

PADANG RENGAS, 30 Jun : Jenazah lima beranak yang maut dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Segamat, Pahang pada Selasa selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Labu Kubong pada malam Rabu.
Dua individu tinggal mayat kanak-kanak akibat kemalangan bukan pasangan suami isteri – Polis

TAMPIN, 30 Jun : Dua individu yang ditahan polis susulan tindakan mereka melarikan diri dan meninggalkan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun selepas terbabit dalam nahas di Jalan Sungai Kelamah, Jelai, Gemas, dekat sini, pada Ahad lepas disahkan bukan pasangan suami isteri.