18 terkorban dalam rempuhan di sempadan enklaf Sepanyol

RABAT (MAGHRIBI), 25 Jun : Angka kematian meningkat kepada 18 orang dalam satu kejadian rempuhan apabila lebih 2,000 pendatang sub-Sahara cuba menceroboh sempadan antara Maghribi dan Melilla, sebuah bandar enklaf Sepanyol di Afrika, lapor Xinhua, memetik Agensi Berita Maghribi MAP.