Individu tidak hormat bahasa kebangsaan berdepan dengan hukuman maksimum RM50,000 atau penjara

KUALA LUMPUR, 21 Jun : Individu yang didapati tidak menghormati Bahasa Kebangsaan pada masa hadapan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dihukum penjara melalui pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959.
Isi biji dabai sehebat pistachio mampu jadi produk baru Sarawak – Uggah

KUCHING, 21 Jun : Isi dari dalam biji buah Dabai, sejenis buah bermusim di Sarawak, yang rasanya seakan-akan kacang Pistasio, boleh diangkat sebagai satu lagi produk asli dari negeri ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Polis tidak guna panggilan telefon untuk dapat maklumat – Acryl Sani

Kuching, 21 Jun : Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Hj Abdullah Sani hari ini sekali lagi mengingatkan masyarakat bahawa pihak polis dan agensi penguatkuasa yang lain tidak akan menjalankan siasatan melalui panggilan telefon.
Cubaan bunuh diri : KKM maklum balas AGC

PETALING JAYA, 21 Jun : Kementerian Kesihatan (KKM) masih menunggu maklum balas Jabatan Peguam Negara (AGC) berkenaan cadangan pindaan Akta 309 Kanun Keseksaan membabitkan moratorium (penangguhan) terhadap pendakwaan dan sabitan kesalahan cubaan bunuh diri.
Kes bunuh Cradle Fund: Tolak menolak, kekecohan antara jurugambar dan peguam

SHAH ALAM, 21 Jun: Kekecohan dan pertengkaran berlaku di perkarangan kompleks mahkamah di sini hari ini melibatkan seorang peguam mewakili Samirah Muzaffar dan seorang jurugambar.
Malaysia fokus wujud bandar pintar – Dr Adham

PETALING JAYA, 21 Jun : Malaysia memberi penekanan terhadap pewujudan bandar pintar berdasarkan trend peningkatan jumlah penduduk di kawasan bandar.
Penyelidik dakwa ikan pari di Kemboja terbesar di dunia

KEMBOJA, 21 Jun: Penyelidik mendakwa ikan pari gergasi yang ditangkap di utara Kemboja merupakan penemuan ikan air tawar terbesar di dunia.
Jemaah haji dinasihat tidak berniaga, promosi produk di hadapan Kaabah

PUTRAJAYA, 21 Jun : Jemaah haji Malaysia dinasihatkan agar tidak menjalankan sebarang aktiviti perniagaan atau mempromosikan produk ketika berada di hadapan Kaabah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.
Arca gantung ‘Pohon Meranti’ setinggi 150 meter tempa nama dalam Malaysia Book of Records

KUALA LUMPUR, 21 Jun: Minat mendalam dan pembabitan Nizam Abdullah dalam seni pembinaan arca berjaya melakar sejarah apabila karya arca gantung berkonsepkan ‘Pohon Meranti’ ciptaannya menempa nama di dalam Malaysia Book of Records, semalam.
Samirah, dua remaja lelaki bebas tuduhan membunuh CEO Cradle Fund

KUALA LUMPUR, 21 Jun : Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan Samirah Muzaffar dan dua remaja lelaki atas pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan, empat tahun lepas.