Polis siasat video tular warga asing berkumpul di Batu Caves sokong hina Nabi Muhammad
KUALA LUMPUR, 14 Jun : Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan berhubung penularan video di aplikasi TikTok mengenai pendirian menyokong perjuangan ahli politik dari India yang membuat penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.
Kerajaan pertimbang imbuhan, sambutan keraian untuk Harimau Malaya -PM
BANGI, 15 Jun : Kerajaan akan mempertimbang pemberian imbuhan dan penganjuran sambutan keraian sempena kejayaan skuad Harimau Malaya mengesahkan slot ke Piala Asia 2023, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Lima bahagian di Sarawak diisytihar kawasan kawalan FMD
KUCHING, 15 Jun : Bahagian Kuching, Serian, Sri Aman, Miri dan Limbang kini diisytihar sebagai kawasan kawalan penyakit kuku dan mulut (FMD).
Anak syarikat GFM Services peroleh kontrak bernilai RM367.23 juta daripada JKR
KUALA LUMPUR, 15 Jun : Anak syarikat milik penuh GFM Services Bhd, Global Facilities Management Sdn Bhd, menerima surat setuju-terima (LOA) daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menyediakan perkhidmatan pengurusan kemudahan bernilai RM367.23 juta untuk Istana Negara, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini.
Rahsia Rosli Dhoby dipentaskan pada Sambutan Hari Sarawak 22 Julai ini
SIBU, 15 Jun : Fakta peribadi tentang Rosli Dhoby, pahlawan negara yang pernah menggegarkan dunia kolonial British dengan pembunuhan gabenor negara penjajah itu pada 1949 demi kemerdekaan Sarawak akan dipersembahkan dalam sambutan Hari Sarawak di sini 22 Julai ini.