Menteri mohon maaf kenyataan sorakan penyokong punca Malaysia kalah

SEPANG, 14 Jun : Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sekali lagi memohon maaf susulan kenyataannya berhubung sorakan pemain ke-12 skuad Harimau Malaya yang dikatakan menjadi punca kekalahan Malaysia di tangan Bahrain pada aksi Kelayakan Piala Asia 2023, Sabtu lepas.

Lelaki didakwa rompak wanita warga emas di Cheras

KUALA LUMPUR, 14 Jun : Seorang lagi lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak seorang wanita warga emas dan anak perempuannya dengan bersenjatakan playar di hadapan rumah dua beranak itu di Bandar Tun Razak, Cheras, Mac lepas.

IDECS 2022 : SDEC, YSEALI ingin atasi jurang digital di Asia Tenggara

KUCHING, 14 Jun: Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur dan Pusat Kajian Tadbir Urus dan Politik (Cent-GPS) mengadakan Bengkel Serantau Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) bagi menangani isu ketersambungan digital di luar bandar.

Portugal, UK setuju perlunya tingkatkan perbelanjaan ketenteraan NATO

MOSCOW, 14 Jun : Perdana Menteri Portugal António Costa bertemu rakan sejawatannya dari United Kingdom (UK) Boris Johnson di London sejurus sebelum sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Madrid, dan kedua-dua pihak sepakat mengenai keperluan meningkatkan perbelanjaan ketenteraan perikatan itu, lapor Sputnik.

Ongkili, pasukan ke London kaji dokumen MA63 di arkib negara

KOTA KINABALU, 14 Jun : Sekumpulan pakar undang-undang, penyelidik dan pegawai daripada kerajaan Persekutuan dan Sabah akan berada di London untuk mencari dan mengkaji sebarang rujukan berkaitan hak negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).