Penganggur sebabkan kemalangan lima kenderaan didakwa miliki ganja
KUALA PILAH, 9 Jun : Seorang penganggur yang ditahan selepas disyaki menyebabkan kemalangan lima kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di daerah Rembau, Ahad lepas, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan memiliki ganja.
Tiada lagi transaksi tunai di Puspakom mulai 1 Julai
KUALA LUMPUR, 9 Jun : Transaksi pembayaran bagi semua jenis pemeriksaan kenderaan di Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) akan beralih kepada pembayaran tanpa tunai mulai 1 Julai depan.
Pasangan Malaysia-Perancis berjalan 500km pupuk kesedaran sayangi alam sekitar
KUALA LUMPUR, 9 Jun : Lain orang lain caranya. Itulah yang dilakukan oleh Hafizah Bachik, 45 bersama suaminya, Roman Onillon, 40, yang memulakan ekspedisi berjalan kaki sejauh kira-kira 500 kilometer (km) semalam dengan mengutip sampah bermula dari pekan Rasa, Selangor ke Kuala Perlis sebelum menuju ke Langkawi.
Colombia temui kapal karam ‘berisi’ harta karun bernilai bilion dolar
BOGOTA, COLOMBIA, 9 Jun : Kerajaan Colombia memulakan usaha menaikkan dua kapal purba yang karam bersama harta karun yang dianggarkan mencecah nilai bilion dolar.
UTS anjur forum sentuh penglibatan komuniti dalam program digital sempena IDECS
SIBU, 9 Jun : Universiti Teknologi Sarawak (UTS) menerusi Pusat Termaju Untuk Pembangunan Sosio Ekonomi dan Teknologi Mampan (ASSET) bekerjasama dengan rakan strategiknya untuk menganjurkan forum bagi membincangkan penglibatan komuniti dalam pembangunan jangka panjang sempena Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2022.