Pemandu diserang sawan rempuh sembilan kenderaan

MELAKA, 4 Jun : Seorang wanita yang patah hidungnya merupakan antara enam yang cedera dalam nahas melibatkan 10 kenderaan dirempuh pemandu yang diserang sawan, ketika menunggu lampu isyarat di Jalan Tun Abdul Razak, Lebuh Ayer Keroh di sini malam tadi.
Warga asing disyaki terlibat pecah rumah ditahan di Miri

MIRI, 4 Jun : Seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai terlibat dalam beberapa kejadian pecah rumah di sekitar bandar raya ini ditahan polis kelmarin.
49 PATI tinggal di ‘kondo’ ditahan Imigresen

KUALA LUMPUR, 4 Jun : Jabatan Imigresen menahan 49 warga asing atas pelbagai kesalahan termasuk tidak mempunyai dokumen perjalanan dan dokumen perjalanan disyaki palsu dalam operasi di sebuah kondominium di Ampang, di sini tengah malam tadi.
Jerman : Tiga maut kereta api tergelincir

BERLIN, 4 Jun : Sebuah kereta api tergelincir dari landasan, berhampiran bandar ski Alpine Garmisch-Partenkirchen di Bavaria, selatan Jerman dan mengorbankan sekurang-kurangnya tiga penumpang, lapor Xinhua, memetik media tempatan NTV.
Beri input Bajet 2023 – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 4 Jun : Kementerian Kewangan (MOF) akan memulakan sesi libat urus dan rundingan dengan pelbagai pihak berkepentingan di bawah Kenyataan Pra-Belanjawan (PBS) bagi memastikan belanjawan yang menyeluruh serta holistik.
Kerajaan beri jaminan Sabah diberi keutamaan tinggi pembangunan telekomunikasi

KOTA KINABALU, 4 Jun : Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) memberi jaminan akan memberi keutamaan tinggi kepada Sabah dalam rancangan pembangunan telekomunikasi negara, kata Menterinya Tan Sri Annuar Musa.
MRS beri pembelaan sewajarnya kepada penggiat seni tempatan Sabah – Annuar Musa

KOTA KINABALU, 4 Jun : Music Rights Sabah Berhad (MRS) yang menjadi badan pelesenan muzik yang diiktiraf kerajaan pada awal tahun ini, akan memberi pembelaan sewajarnya kepada hak penggiat seni tempatan di Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Malaysia gesa kerjasama yang lebih baik dari negara pengeksport sisa – Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR, 4 Jun : Malaysia menggesa agar kerjasama yang lebih baik dapat dihulurkan negara-negara pengeksport sisa pada Mesyuarat Peringkat Tinggi Persidangan Konvensyen Basel, Rotterdam dan Stockholm yang berlangsung pada 1 Jun sehingga semalam.