Sembilan PATI cuba masuk Sarawak di Lubok Antu diusir tentera

KUCHING, 28 Mei : Sembilan orang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba memasuki Malaysia menerusi ‘laluan’ di Ladang Salcra Tabau Gerunggang, Lubok Antu, awal pagi tadi terpaksa berpatah balik setelah diusir oleh pasukan keselamatan negara yang bertugas di situ.
Lepasan IPT disaran terlibat dengan industri francais – Alexander Nanta

KUCHING, 28 Mei : Kerajaan akan memperhebatkan usaha untuk menarik minat lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) terlibat dengan perniagaan francais.
Lelaki tempatan gagal seludup keluar minyak masak dan tong gas

TAWAU, 28 Mei : Seorang lelaki tempatan gagal dalam ‘cubaannya’ untuk menyeludup keluar barang kawalan ke negara jiran di perairan Sungai Melayu di sini selepas ditangkap oleh Pasukan Polis Marin (PPM) semalam.
Nombor plat Piala Dunia FIFA dijual dengan harga kira-kira US$500,000

DOHA, 28 Mei : Jabatan Polis Trafik Qatar telah menjual 50 nombor plat yang mempunyai logo Piala Dunia FIFA Qatar 2022 semasa lelongan dalam talian, dengan nombor termahal dijual pada harga 1.8 juta riyal Qatar (US$495,000), lapor Sputnik.
Agong dan Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Wan Junaidi

KUALA LUMPUR, 28 Mei : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar atas pemergian isterinya, Datin Seri Feona Sim @ Norjanah semalam.
HFMD: 105 tabika, 75 taska kendalian Kemas ditutup

KUANTAN, 28 Mei : Sebanyak 180 premis pendidikan awal dan pusat jagaan kanak-kanak kendalian Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) ditutup akibat jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) setakat semalam, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Pemuda ‘merempit’ dengan nombor pendaftaran JANDA 8740 ditahan polis

SIBU, 28 Mei : Perbuatan ‘suka – suka’ seorang penunggang motosikal menggunakan nombor pendaftaran JANDA 8740 ketika bersiar – siar di sekitar bandar ini membawa padah apabila dia ditahan polis petang semalam.
Kanak – kanak perempuan hilang ketika majlis raya di rumah rakit

KUANTAN, 28 Mei : Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun empat bulan didakwa hilang semasa berada di majlis hari raya anjuran keluarganya di rumah rakit di Bukit Rangin di sini, malam tadi.
Belum dipecat, Zuraida perlu bertugas seperti biasa – Perdana Menteri

TOKYO, 28 Mei : Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri berkata, Datuk Zuraida Kamaruddin masih menteri Kabinet dan perlu menjalankan tugas sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi seperti biasa, selagi beliau (Ismail Sabri) tidak membuat keputusan.
Tragedi bot karam di Sungai Baleh, mayat ditemukan 40km dari lokasi kejadian

KAPIT, 28 Mei : Kegembiraan tiga sahabat ‘turun’ ke Sungai Baleh untuk menjala ikan sebelum sambutan Hari Gawai berakhir dengan tragedi apabila bot mereka karam dalam kejadian pada tengah malam Rabu lepas.