Malaysia, Indonesia setuju perkukuh perpaduan, kekuatan kepusatan ASEAN – Azmin

WASHINGTON DC, 13 Mei: Malaysia kini menyuarakan nada yang sama, lebih daripada sebelum ini, dengan Indonesia bahawa sudah sampai masanya untuk memperkukuh perpaduan dan kekuatan kepusatan ASEAN dalam menghadapi ketidaktentuan global, kata Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.