OP Selamat 18 : Kes kemalangan meningkat satu peratus

KUALA LUMPUR, 13 Mei : Kes kemalangan yang direkodkan sepanjang Op Selamat 18 mencatatkan peningkatan hanya satu peratus atau 111 kes berbanding operasi sama pada 2019, kata Ketua Polis Negara , Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Menambat Ringgit tidak mendatangkan manfaat kepada Malaysia – Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 13 Mei : Menambat ringgit tidak mendatangkan manfaat kepada Malaysia kerana ia akan membawa risiko besar, satu daripadanya adalah mencerminkan dasar monetari negara yang mata wang tempatan ditambat kepadanya, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Nor Shamsiah Mohd. Yunus.
Remaja didakwa bunuh bayi sendiri dibenar ikat jamin

PUTRAJAYA, 13 Mei: Remaja perempuan yang didakwa membunuh bayi yang baru dilahirkannya dibenar dibebaskan dengan ikat jamin oleh Mahkamah Rayuan hari ini sementara menunggu perbicaraan kes itu.
Jawatankuasa Khas setuju hampir semua dasar mengenai larangan tukar parti – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR, 13 Mei : Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Bagi Menimbang Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti telah mencapai kata sepakat dalam hampir semua perkara dasar mengenai gubalan Rang Undang-undang itu.
Mayat kru kapal layar terjatuh dari bot di Langkawi ditemukan

ALOR SETAR, 13 Mei: Mayat lelaki yang juga kru sebuah kapal layar yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bot di perairan Kuah, Langkawi, Rabu lepas, ditemukan pagi tadi.
Malaysia catat pertumbuhan KDNK 5.0 peratus bagi suku pertama 2022 – BNM

KUALA LUMPUR, 13 Mei : Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 5.0 peratus pada suku pertama 2022 berbanding penguncupan 0.5 peratus pada suku yang sama 2021, disokong terutama oleh permintaan domestik yang bertambah baik apabila kegiatan ekonomi terus kembali normal dengan pelonggaran langkah-langkah pembendungan.
Pemandu lori mengaku tidak bersalah rompak pembaca berita

PETALING JAYA, 13 Mei : Seorang pemandu lori sambilan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak seorang penyampai berita televisyen, Khairul Rizuan Azizan minggu lepas.
APMM tahan bot tunda dan tongkang bawa pasir

KUCHING, 13 Mei: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak menahan sebuah bot tunda dan tongkang yang dipercayai beroperasi menggunakan dokumen tamat tempoh.
Sukan SEA : Wushu sumbang dua emas

KUCHING, 13 Mei : Pemburuan emas kontinjen Malaysia pada Sukan Sea ke-31 di Hanoi berterusan apabila skuad wushu menghadiahkan dua emas kepada negara hari ini.
Kes curi hasil pertanian meningkat di Kota Samarahan

KOTA SAMARAHAN, 13 Mei : Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ini mengesan berlaku peningkatan kes curi termasuk hasil pertanian bagi tempoh Januari hingga April tahun ini.