Sukan SEA: Jaringan saat akhir Muhammad Nur Azfar, julang Malaysia atasi Thailand

NAM DINH, 7 Mei : Jaringan saat akhir pemain gantian Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar, memastikan Malaysia membuka kempen saingan acara bola sepak lelaki Sukan SEA ke-31 dengan bergaya selepas menewaskan Thailand 2-1, pada perlawanan sulung Kumpulan B di Stadium Thien Truong di sini, malam ini.
Terkini: Sebuah rumah musnah kebakaran di Tabuan Dayak

KUCHING, 7 Mei : Sebuah rumah musnah hampir 100 peratus dalam kebakaran di Lorong 5, Kampung Tabuan Dayak, di sini malam ini.
Malaysia kecewa junta tidak iktiraf utusan khas ke Myanmar – Saifuddin

KUALA LUMPUR, 7 Mei : Malaysia menyuarakan kekecewaan dengan tindakan junta Myanmar tidak mengiktiraf Dr Noeleen Heyzer, Utusan Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSG) di Myanmar.
Tiada perbincangan dengan Rusia bagi penerbangan terus, eksport semikonduktor – Saifuddin

PUTRAJAYA, 7 Mei : Kerajaan Malaysia tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan dengan pihak Rusia berkaitan penerbangan terus antara kedua-dua negara oleh syarikat penerbangan Rusia, Aeroflot selain eksport semikonduktor dan elektronik ke negara itu.
Korea Utara lancar peluru berpandu ke perairan timur: JCS

SEOUL, 7 Mei: Korea Utara melancarkan peluru yang belum dikenal pasti ke perairan timur, menurut Ketua Turus Bersama Korea Selatan (JCS) pada Sabtu.