Bella disuruh makan nasi yang dicurah cuka, ayam goreng busuk – saksi

KUALA LUMPUR, 15 April : Mahkamah Sesyen semalam diberitahu remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella, telah diberi makan seperiuk nasi dicurah dengan cuka, kunyit, garam, kicap, cili dan kepingan cili serta ayam goreng busuk ketika bulan puasa oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

Polis tahan dua lelaki, rampas ganja, ketum

TAIPING, 15 April : Polis menahan dua lelaki dan merampas ganja serta ketum, bernilai kira-kira RM10,000, dalam serbuan di Taman Menteri di sini Rabu lepas dan di KM 212.1 Lebuhraya Utara Selatan pagi semalam.