Kontraktor Pan Borneo didenda RM80,000 rosakkan kabel TM

BINTULU, 13 April : Sebuah syarikat pembinaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo, Pekerjaan Piasau Konkerit Sdn Bhd didenda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas syarikat itu mengaku bersalah atas empat pertuduhan merosakkan kabel gentian optik bawah tanah milik Telekom Malaysia Berhad (TM).
Tiada unsur rasuah dalam pembinaan jeti RM50,000 di Miri

KUALA LUMPUR, 13 April : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada unsur rasuah dalam projek pembinaan jeti kayu di Kampung Mutap, Miri, Sarawak yang tular di media sosial baru-baru ini.
TH kaji keperluan pembayaran haji bersasar, bantu golongan B40

KUALA LUMPUR, 13 April : Lembaga Tabung Haji (TH) sedang mengkaji keperluan untuk membuat penstrukturan bayaran haji secara bersasar mengikut tahap kemampuan dan pendapatan jemaah bagi membantu mereka yang berhasrat mengerjakan ibadah itu.