Remaja perempuan ‘travel’ hampir 500 km ke Bau kerana judi

KUCHING, 13 April : Seorang remaja perempuan ditahan polis kerana disyaki terlibat dengan kegiatan judi dalam talian yang berselindung di sebalik kedai makan di Siniawan Sentral, dekat sini semalam.
Kanang Usin, bakal cipta sejarah sebagai anak Sarawak pertama tawan Gunung Everest

PUTRAJAYA, 13 April: Inspektor Kanang Usin akan menjadi rakyat Sarawak pertama yang bakal menawan Gunung Everest setelah terpilih untuk menyertai pasukan Eksplorasi Keluarga Malaysia Everest 2022.
Eksport Sarawak meningkat RM3 bilion Februari 2022

KUCHING, 13 April : Sarawak mencatatkan peningkatan eskport sebanyak RM3 bilion bagi Februari tahun ini berbanding bulan sama tahun lepas menurut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia.
16 cedera dalam serangan bersenjata di stesen kereta api bawah tanah New York

NEW YORK, 13 April : Sekurang-kurangnya 16 orang cedera dalam serangan bersenjata di stesen kereta api bawah tanah di Brooklyn, New York pagi Selasa, lapor Xinhua.
Gagal seludup minyak petrol nilai RM624 000 ke Filipina

LAHAD DATU, 13 April : Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar 60,000 liter minyak petrol bernilai RM624,000 ke Filipina dengan penahanan enam lelaki berhampiran Pantai Kampung Bakarat dekat sini, Isnin lepas.
Kontraktor Pan Borneo didenda RM80,000 rosakkan kabel TM

BINTULU, 13 April : Sebuah syarikat pembinaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo, Pekerjaan Piasau Konkerit Sdn Bhd didenda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas syarikat itu mengaku bersalah atas empat pertuduhan merosakkan kabel gentian optik bawah tanah milik Telekom Malaysia Berhad (TM).
Tiada unsur rasuah dalam pembinaan jeti RM50,000 di Miri

KUALA LUMPUR, 13 April : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada unsur rasuah dalam projek pembinaan jeti kayu di Kampung Mutap, Miri, Sarawak yang tular di media sosial baru-baru ini.
TH kaji keperluan pembayaran haji bersasar, bantu golongan B40

KUALA LUMPUR, 13 April : Lembaga Tabung Haji (TH) sedang mengkaji keperluan untuk membuat penstrukturan bayaran haji secara bersasar mengikut tahap kemampuan dan pendapatan jemaah bagi membantu mereka yang berhasrat mengerjakan ibadah itu.