DAP Sarawak ulang skrip lama – Fazzrudin

KUCHING, 8 April : Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berpandangan DAP hanya mengulangi ‘skrip lama’ apabila mahu bekerjasama dengan parti-parti pembangkang lain di Sarawak berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.
ASF : Rumah penyembelihan milik Majlis Bandaraya Miri ditutup

MIRI, 8 April : Berikutan pengesanan virus Demam Babi Afrika (ASF) Rabu lepas, rumah penyembelihan babi milik Majlis Bandaraya Miri di Krokop telah ditutup sebagai langkah kawalan untuk mencegah penularan penyakit tersebut.
UNHRC : Keahlian Rusia digantung

WASHINGTON, 8 April : Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Khamis menggantung keahlian Rusia daripada Majlis Hak Asasi Manusia (UNHRC) selepas bukti menunjukkan kekejaman dilakukan tentera Moscow.
GrabPay bekerjasama dengan kerajaan tingkatkan pembayaran tanpa tunai

KUALA LUMPUR, 8 April : GrabPay Malaysia bekerjasama dengan kerajaan bagi meningkatkan penggunaan pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia dan perniagaan, terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), menerusi program ePemula bernilai RM300 juta.
Malaysia Airlines, Firefly lanjutkan tawaran MATTA Fair 2022 dalam talian

KUALA LUMPUR, 8 April : Malaysia Airlines Bhd (MAB) dan Firefly Sdn Bhd akan melanjutkan tawaran MATTA Fair 2022 mereka secara dalam talian dan melalui aplikasi mudah alih yang menawarkan penjimatan besar ke atas tambang penerbangan dan faedah nilai untuk wang yang lain untuk perjalanan sepanjang tahun.