Tun Taib Mahmud lawat DSA dan NATSEC 2022

KUALA LUMPUR, 1 April : Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud melawat Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022 dan Pameran Perkhidmatan Keselamatan Asia (NATSEC) 2022 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) semalam.
Tangisan dan sorakan kegembiraan sambut pembukaan semula Tambak Johor

JOHOR BAHRU, 1 April : Sebak. Begitulah dapat digambarkan perasaan ramai rakyat Malaysia di sini yang telah dengan sabar menantikan detik pembukaan semula Tambak Johor, yang pernah disifatkan sebagai antara laluan darat tersibuk di dunia, tepat 12 tengah malam tadi.
KLIA terima penerbangan antarabangsa pertama

SEPANG, 1 April : Pesawat Saudi Airlines dari Jeddah, Arab Saudi menjadi pesawat pertama mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sempena pembukaan sempadan negara secara rasmi hari ini.