TERKINI : Murid perempuan darjah dua hilang di Cheras ditemui selamat

KUALA LUMPUR, 30 Mac : Murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Midah 1, Sofia Raniya yang dilaporkan hilang petang tadi ditemui selamat.
Juruterbang pelatih cedera ringan, pesawat tergelincir dari landasan

LANGKAWI, 30 Mac : Seorang juruterbang pelatih wanita cedera ringan apabila pesawat latihan yang dikendalikannya, tergelincir dari landasan ketika sedang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, malam ini.
Projek Jambatan Batang Igan yang ditangguh PH kini berjalan lancar

KUCHING, 30 Mac : Projek pembinaan Jambatan Batang Igan yang pernah ditangguhkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan kini berjalan lancar.
Program Jualan Keluarga Malaysia dilanjutkan sehingga Jun – Alexander Nanta

PUTRAJAYA, 30 Mac : Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang sepatutnya berakhir pada 31 Mac akan diteruskan hingga Jun ini berikutan sambutan orang ramai, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Premier Sarawak sampaikan Pingat Perkhidmatan Setia kepada 193 penerima

MUKAH, 30 Mac : Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak, Datu Khirudin Drahman yang telah berkhidmat selama 33 tahun terpilih sebagai salah seorang penerima Pingat Perkhidmatan Setia yang disampaikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini.
Lelaki ‘lalok’ punca rumah keluarga terbakar direman

KUCHING, 30 Mac : Anak kandung pemilik rumah yang musnah dalam kebakaran di Jalan Astana, petang semalam ditahan polis selepas disyaki menjadi punca kejadian itu.
Kerajaan Sarawak serahkan RM210 juta BKSS kepada 46,400 usahawan dan PKS

SERIAN , 30 Mac : Kerajaan Sarawak telah menyerahkan bantuan kewangan keseluruhan berjumlah RM210 juta menerusi Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKKS) kepada usahawan di negeri ini.
COVID-19 : Tiga daerah catat sifar kes baharu

KUCHING, 30 Mac : Tiga daerah di Sarawak iaitu Pakan, Song dan Bukit Mabong merekodkan sifar jangkitan baharu COVID-19 bagi tempoh 24 jam lepas.
Restoran sajian itik punca kebakaran di Pavilion – Bomba KL

KUALA LUMPUR, 30 Mac : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengesahkan kebakaran di pusat beli belah terkemuka di ibu negara, Pavilion petang tadi berpunca daripada sebuah restoran yang menyajikan hidangan itik dalam gedung berkenaan.
Tujuh daripada 20 suspek rompakan bersenjata kayu baseball diberkas

KAJANG, 30 Mac : Polis berjaya menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan kes rompakan bersenjatakan kayu baseball di sebuah premis peralatan komputer di Bandar Damai Perdana, Cheras, pada Sabtu lepas.