Kes pinjaman tidak wujud: 545 ditahan, kerugian lebih RM5.3 juta
KUALA LUMPUR, 16 Mac: Sejumlah 563 kes penipuan perkhidmatan pinjaman tidak wujud yang dilaporkan untuk tempoh Januari dan Februari tahun ini melibatkan kerugian bernilai lebih RM5.3 juta, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din.