Tiada DNA babi dalam sampel sotong ring sejuk beku – KPDNHEP

PUTRAJAYA, 16 Mac: Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan tiada DNA babi dikesan di dalam sampel produk sotong ring atau gegelang sotong sejuk beku seperti didakwa seorang pengguna, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.