Runtuhan kuari: Dua masih tertimbus, dipercayai berada berhampiran sewaktu kejadian
IPOH, 9 Mac: Dua mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, semalam, dipercayai berada berhampiran antara satu sama lain sewaktu kejadian tersebut.
Lima wanita asing ‘bos’ kelab malam beroperasi tanpa lesen ditahan
KUALA LUMPUR, 9 Mac: Lima wanita warga asing bersama seorang lelaki tempatan ditahan polis kerana membuka pusat hiburan tanpa lesen.
Abdul Karim positif COVID-19
KUCHING, 9 Mac: Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan beliau dijangkiti COVID-19.
Pembukaan sempadan: Penggiat industri perlu buat persediaan awal – Nancy
PUTRAJAYA, 9 Mac: Penggiat industri pelancongan dan kebudayaan disaran supaya melakukan persediaan awal bagi menerima kemasukan pelancong dari luar negara, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.
SPRM Sabah tahan bekas pengarah minta, terima rasuah RM1.2 juta
KOTA KINABALU, 9 Mac: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah hari ini menahan seorang bekas pengarah sebuah jabatan kerajaan negeri kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1.2 juta membabitkan kerja-kerja perkhidmatan daripada dua syarikat.