Suspek kes bunuh wanita di Serdang Perdana serah diri

KUALA LUMPUR, 20 Feb : Seorang lelaki yang dikehendaki polis kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan di Serdang Perdana, Seri Kembangan malam tadi sehingga menyebabkan kematian seorang wanita, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang pagi tadi.

Wanita maut dikelar dalam pergaduhan

SERDANG, 20 Feb: Seorang wanita maut dipercayai dikelar dalam pergaduhan di premis perniagaannya di Serdang Perdana, Seri Kembangan di sini malam tadi.