Suspek kes bunuh wanita di Serdang Perdana serah diri

KUALA LUMPUR, 20 Feb : Seorang lelaki yang dikehendaki polis kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan di Serdang Perdana, Seri Kembangan malam tadi sehingga menyebabkan kematian seorang wanita, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang pagi tadi.
Pekeliling elaun penjawat awam antara yang perlu dikaji semua segera – CUEPACS

KUALA LUMPUR, 20 Feb: Pekeliling berhubung pemberian beberapa elaun di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) adalah antara perkara yang perlu dikaji semula oleh kerajaan secepat mungkin, bersesuaian dengan situasi semasa yang dihadapi penjawat awam.
Gelaran ‘Premier’ bukan langkah untuk megah diri – Abang Johari

MIRI, 20 Feb: Perubahan gelaran Ketua Menteri Sarawak kepada ‘Premier’ bukan satu langkah untuk megah diri, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Klinik Kesihatan Simpang Bukut bantu 68 rumah panjang dapatkan perkhidmatan kesihatan yang terbaik

MUKAH, 20 Feb: Pada Jumaat menyaksikan Klinik Kesihatan Simpang Bukut dibuka secara rasmi dan ia diakui sangat penting untuk penjagaan kesihatan primer bagi masyarakat di 68 buah rumah panjang di kawasan Bukut dan sekitarnya terus terjaga.
Wanita maut dikelar dalam pergaduhan

SERDANG, 20 Feb: Seorang wanita maut dipercayai dikelar dalam pergaduhan di premis perniagaannya di Serdang Perdana, Seri Kembangan di sini malam tadi.
2,748 pengundi muda didaftar di DUN Nangka

SIBU, 20 Feb: Seramai 2,748 pengundi baharu berusia 18 hingga 20 tahun didaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka sejak pelaksanaan pendaftaran secara automatik pengundi 18 tahun pada 1 Jan lepas.
Kanak-kanak lelaki lemas di kolam renang pusat peranginan di Lundu

KUCHING, 20 Feb: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemukan lemas di kolam renang sebuah pusat peranginan di Lundu, pagi semalam.
Program Jom Masuk IPT diadakan di Sarawak

KUCHING, 20 Feb: Sarawak menjadi destinasi seterusnya program ‘Jom Masuk IPT’ hari ini yang berlangsung dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang ketat.
Lelaki bunuh diri selepas tikam teman wanita

MELAKA, 20 Feb: Seorang lelaki dipercayai menikam teman wanitanya sebelum bertindak membunuh diri sendiri hanya kerana perselisihan faham dalam hubungan di sebuah rumah di Taman Merdeka, Batu Berendam di sini petang tadi.