DUN Sarawak lulus Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan

KUCHING, 16 Feb : Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2021) 2022 untuk perbelanjaan tambahan sebanyak RM478,843,946 pada 2021.
MySejahtera diiktiraf Filipina, Pengembara Malaysia dibenarkan memasuki Manila

PUTRAJAYA, 16 Feb : Pengembara dari Malaysia kini dibenarkan memasuki Filipina dengan bukti sijil vaksinasi lengkap dalam MySejahtera, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan ini berikutan kata sepakat yang dicapai antara kerajaan Malaysia dan Filipina pada Isnin untuk saling mengiktiraf sijil vaksinasi COVID-19 secara timbal balas.
VTL udara, darat Brunei-Malaysia hasil lawatan dua hari PM Ismail Sabri ke Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Feb : Pelaksanaan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) serta pengiktirafan untuk menggunakan MySejahtera dan BruHealth merupakan dua perkara utama yang diputuskan semasa lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri ke Brunei bermula Isnin.
Lebuhraya Trans Borneo, Malaysia-Brunei muktamad rundingan – PM Ismail SabriĀ

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Feb : Malaysia dan Brunei bersetuju meneruskan rundingan dan konsultasi untuk meneliti dan memuktamadkan cadangan projek Lebuhraya Trans Borneo yang menghubungkan kedua-dua negara.
Beri peluang anak muda untuk mencorak Malaysia yang lebih stabil

KUALA LUMPUR, 15 Feb : Rakyat diseru untuk bangkit memperkasa dan menjadi sistem sokongan agar anak muda diberi peranan dalam mencorak model Malaysia yang lebih stabil dan kukuh daripada aspek politik, ekonomi dan sosial.