RUU pinda Perlembagaan Negeri lulus

KUCHING, 15 Feb: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 untuk meminda Perlembagaan Negeri bagi menukar gelaran jawatan Ketua Menteri kepada ‘Premier’ dengan majoriti dua pertiga.

Paul Yong, isteri kontak rapat kes COVID-19, bicara ditangguh

IPOH, 15 Feb : Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan perbicaraan kes Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong atas pertuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia, tiga tahun lepas setelah Yong dan isterinya menjadi kontak rapat kes positif COVID-19.

Polis berjaya tahan suspek kes samun pacuan empat roda

KOTA BHARU, 15 Feb : Suspek lelaki yang melarikan diri dalam kejadian samun kenderaan sebelum kereta yang dinaiki tiga rakannya terbakar dalam kejadian di Jalan Wakaf Bharu-Palekbang di Tumpat 3 Feb lepas, berjaya ditahan polis petang semalam.

Remaja 15 tahun didakwa bunuh bayi sendiri

KEMAMAN, 15 Feb : Seorang remaja perempuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh bayi lelaki yang baru dilahirkannya pada minggu lepas.

PM Ismail Sabri menghadap Sultan Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Feb : Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadap Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah sempena lawatan rasmi dua harinya ke negara ini.

Sarawak adalah wilayah, statusnya berbeza

KUCHING, 15 Feb: Cadangan pindaan untuk menukar istilah ‘Premier’ untuk jawatan Ketua Menteri adalah untuk menggambarkan status Sarawak yang berbeza daripada negeri-negeri lain di dalam Malaysia.