Hishammuddin akur kena kompaun langgar SOP COVID-19

ISKANDAR PUTERI, 14 Feb : Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akur sekiranya dikenakan kompaun oleh Kementerian Kesihatan (KKM) jika beliau didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 pada Majlis Pelancaran Briged MIC hari ini.

Khairy Jamaluddin lega anak bongsu divaksin

KUALA LUMPUR, 14 Feb : Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin meluahkan rasa lega selepas anak bongsunya menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 untuk Kanak-Kanak (PICKids) semalam.

Ketua Menteri dahului angkat sumpah ADUN Sarawak

KUCHING, 14 Feb : Upacara angkat sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak, Mesyuarat Pertama bagi Penggal Pertama hari ini bermula pada sekitar jam 9 pagi tadi didahului oleh Ketua Menteri , yang juga ADUN Gedong, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Motosikal terbabas, pembonceng maut

Pembonceng maut manakala penunggang motosikal parah di bahagian kepala apabila motosikal yang ditunggangi mereka hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan dan melanggar tiang tanda amaran pada malam Ahad.

KPM tegas tidak mahu sekolah menengah diguna untuk pusat undi PRN Johor

KUALA LUMPUR, 14 Feb : Kementerian Pendidikan (KPM) tetap dengan pendirian supaya sekolah menengah di Johor tidak digunakan sebagai pusat mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) kerana tidak mahu segala persediaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah disusun atur, ‘diganggu gugat’.