COVID-19: Kategori 1, 2A tidak perlu ke CAC – Noor Hisham
KUALA LUMPUR, 7 Feb: Individu yang positif COVID-19 dalam kategori 1 dan 2A serta tidak berisiko tinggi, tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) namun, harus melakukan pemantauan kesihatan kendiri dengan melengkapkan Peralatan Penilaian di rumah (HAT) menerusi aplikasi MySejahtera.
Hajat suami hantar anak tidak kesampaian, suami ditemukan lemas
SIBU, 7 Feb: Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) mencari seorang lelaki yang dikhuatiri hilang ketika memukat ikan di Sungai Rejang berdekatan dengan pengkalan jeti Sungai Maaw, Paradom berjaya ditemui jam 9.35 pagi Isnin.
Kes positif baharu di Malaysia lepasi 11,000
KUCHING, 7 Feb : Malaysia terus mencatatkan lonjakan kes positif COVID-19 apabila sebanyak 11,034 jangkitan baharu disahkan bagi tempoh 24 jam lepas.
Banjir Sabah : Tiga PPS dibuka di Pitas tempatkan 311 mangsa
KOTA KINABALU, 7 Feb : Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Pitas bagi menempatkan seramai 311 mangsa daripada 97 keluarga di enam kampung yang terjejas akibat banjir susulan hujan berterusan sejak semalam.
Mesej tular sindiket culik dan jual organ adalah palsu – Polis
KUALA LUMPUR, 7 Feb : Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menafikan mengeluarkan amaran kepada rakyat Malaysia berhubung satu sindiket penculikan yang menyasarkan kanak-kanak berumur di bawah 15 tahun bagi mendapatkan organ tertentu untuk dijual.