Jenazah bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak selamat dikebumikan

KUCHING, 29 Jan : Allahyarham Tun Pehin Sri Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang di sini kira-kira pukul 2.30 petang.