Bantuanbanjir.com permudah mangsa banjir dapatkan maklumat bantuan
KUALA LUMPUR, 17 Jan: Kementerian Kewangan membangunkan portal bantuanbanjir.com yang menghimpunkan pelbagai pautan di bawah satu laman sesawang bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan bantuan banjir.
Remaja curi tabung masjid diperintah jalani khidmat masyarakat
SHAH ALAM, 17 Jan :Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mengetepikan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 kepada seorang remaja kerana cuba mencuri tabung masjid baru-baru ini yang dibuat Mahkamah Majistret Selayang sebelum ini.
MAHB catat pergerakan penumpang bulanan lebih lima juta pada Disember 2021
KUALA LUMPUR, 17 Jan : Pergerakan penumpang bulanan bagi kumpulan lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (ISG) di Turki melebihi lima juta buat kali pertama bagi 2021, pada Disember.
Ikuti syarat ditetapkan, amaran tegas kepada syarikat bungkus minyak masak bersubsidi -Nanta
KOTA KINABALU, 17 Jan : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini memberi amaran tegas kepada syarikat pembungkusan minyak masak bersubsidi supaya menjalankan aktiviti itu mengikut syarat ditetapkan bagi memastikan bekalan dalam pasaran sentiasa mencukupi.
Pemenang pingat kejohanan Eropah mahu Sarawak aktif anjur kejohanan berbasikal
KUCHING, 17 Jan : Pemenang pingat gangsa pada dua kejohanan berbasikal Eropah 2019, Mohd. Faisal Izuddin Ahmad Joyo berharap Sarawak pada masa hadapan akan menganjurkan lebih banyak pertandingan sukan itu yang bertaraf antarabangsa.