Azam Baki fail saman fitnah terhadap Lalitha Kunaratnam

KUALA LUMPUR, 13 Jan : Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki telah memfailkan saman fitnah terhadap bekas penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4) Lalitha Kunaratnam berhubung artikelnya yang disiarkan oleh portal agensi berita Independent News Service (INS), tahun lepas. 

Lelaki hilang di Tok Bali ditemukan selamat

PASIR PUTEH, 13 Jan : Seorang lelaki berusia 22 tahun telah ditemukan oleh penduduk kampung setelah dilaporkan hilang sejak Isnin yang lalu. Lelaki tersebut dijumpai di kawasan paya berdekatan perkampungan nelayan Tok Bali di sini, malam tadi.