Ladang terbakar, 10 000 ekor ayam mati

BAU, 12 Jan : Pemilik sebuah ladang ternakan di Jalan Bau, dekat sini mengalami kerugian besar apabila lebih 10,000 ekor ayam mati akibat kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.
Enggan pindah walaupun rumah dinaiki air

SIBU, 12 Jan : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak mengesan terdapat penduduk di Kampung Seduan dekat sini, enggan berpindah walaupun kediaman mereka mula dinaiki air.
Penyanyi latar “Mohabbatein” Lata Mangeshkar di ICU akibat COVID-19

NEW DELHI, 12 Jan : Penyanyi legenda Bollywood Lata Mangeshkar dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di Mumbai setelah disahkan positif COVID-19.
SPRM: 25 syarikat disiasat kemuka penyata akaun bank palsu untuk kontrak lebih RM60 juta

ALOR SETAR, 12 Jan : Sebanyak 25 buah syarikat dikenal pasti terbabit dalam kes mengemukakan penyata akaun bank yang mengandungi butiran palsu kepada sebuah syarikat pembersihan di sini antara 2018 dan 2019.
Sindiket sijil digital vaksinasi COVID-19: Pembantu pejabat direman tujuh hari

KOTA KINABALU, 12 Jan : Seorang pembantu pejabat direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan dakwaan menerima rasuah daripada orang awam bagi tujuan pendaftaran Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 di dalam aplikasi MySejahtera pada Oktober tahun lepas.
Dua beradik antara enam lelaki didakwa bunuh pemandu e-hailing

KUALA LUMPUR, 12 Jan : Enam lelaki termasuk dua beradik didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh pemandu e-hailing di tempat letak kenderaan bahagian belakang sebuah kelab di Kepong, pada 28 Dis lepas.
Kes bunuh pensyarah Palestin: Polis tunggu maklumat Interpol, kedutaan Palestin

KUALA LUMPUR, 12 Jan : Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu perincian maklumat melibatkan pelbagai agensi termasuk pihak berkuasa Palestin berhubung kes pembunuhan seorang pensyarah Palestin di Malaysia pada 2018.
ELMLAB, GPS Fleet jalin kerjasama bangunkan pengesan telemetri

KUALA LUMPUR, 12 Jan: ELMLAB dan GPS Fleet bekerjasama untuk membangunkan pengesan telemetri yang akan membolehkan penyelesaian telemetri digital dalam pengurusan pengangkutan dengan memanfaatkan rangkaian 4G dan 5G.
Magawa, tikus ‘wira’ pengesan periuk api di Kemboja mati

ANKARA, 12 Jan : Tikus pengesan periuk api Magawa yang dianggap sebagai “wira” Kemboja mati pada usia lapan tahun selepas berkhidmat selama lima tahun, kata pertubuhan bukan keuntungan Pembangunan Pengesanan Periuk Api Anti-Personel (APOPO) pada Selasa.
Dos penggalak mungkin tidak mencukupi – WHO

GENEVA, 12 Jan : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata pada Selasa bahawa vaksin COVID-19 semasa mungkin perlu dikemas kini untuk perlindungan berterusan terhadap varian baharu, termasuk Omicron.