46 korban banjir dilaporkan, 5 lagi masih hilang – Ketua Polis Negara

SHAH ALAM, 25 Dis : Sebanyak 46 mangsa korban banjir dicatatkan setakat 4 pagi tadi, dengan lima lelaki di Pahang dilaporkan masih lagi hilang, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Agong berkenan mencemar duli santuni mangsa banjir di PPS CIAST

SHAH ALAM, 25 Dis : “Take care everybody (Jaga diri semua),” demikian pesanan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum berangkat meninggalkan pusat pemindahan sementara (PPS) di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Seksyen 19, di sini pagi ini.
Agong titah kerajaan lakukan pascanilai atasi masalah banjir di bandar

SHAH ALAM, 25 Dis : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah agar pihak kerajaan mengadakan pascanilai berkenaan sistem perparitan bagi memastikan kejadian banjir kilat di kawasan bandar dapat diatasi.
Jarak masa baharu terima dos penggalak diumum minggu depan – Khairy

PUTRAJAYA, 25 Dis : Kerajaan akan mengumumkan jarak masa baharu bagi suntikan dos penggalak COVID-19 minggu depan berikutan penularan varian Omicron dalam negara ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
砂今27确诊 1死亡病例

砂拉越的冠病确诊病例今达27宗。
Luruan monsun: Rakyat Sarawak harus bersedia – CMO

KUCHING, 25 Dis : Pejabat Ketua Menteri Sarawak (CMO) menasihatkan rakyat di negeri ini supaya bersiap sedia berikutan ramalan hujan lebat berterusan di bahagian barat Sarawak minggu depan.
KKM siasat pengesanan kes Omicron di Indonesia libatkan individu pulang dari Malaysia

PUTRAJAYA, 25 Dis : Siasatan lanjut berkenaan pengesanan satu kes varian Omicron di Indonesia melibatkan individu yang baru pulang dari Malaysia sedang dijalankan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Kerajaan Sarawak perkukuh kawalan pintu masuk – Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR, 25 Dis : Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Kerajaan Sarawak telah meningkatkan kawalan pintu masuk antarabangsa ke negeri berkenaan.
Lelaki China positif COVID-19 varian Omicron disyaki penularan tempatan di Sarawak

KUALA LUMPUR, 25 Dis : Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan telah mengesan satu kes COVID-19 varian Omicron yang berkemungkinan jangkitan tempatan di Sarawak , semalam.
Mazlan serah tugas timbalan Ketua Polis Negara kepada Razarudin

KUALA LUMPUR, 25 Dis: Datuk Seri Mazlan Lazim menyerahkan jawatan Timbalan Ketua Polis Negara kepada Datuk Razarudin Husain dalam satu majlis serah terima tugas di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini semalam.