Analisis: Banjir Lembah Klang bukti Malaysia belum bersedia hadapi perubahan iklim

Hujan lebat mula turun di Lembah Klang pada pagi Jumaat, berterusan sepanjang hari hingga ke malam. Tidak lama selepas hujan turun, media sosial dibanjiri rayuan memohon bantuan serta gambar dan klip video memaparkan kenaikan paras air serta kereta dan rumah yang ditenggelami bah di sesetengah kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur.