RASMI : Liwan Lagang sumbang kerusi kedua GPS di DUN N.65 Belaga

Kuching, 18 Dis : Liwan Lagang berjaya menyumbangkan kerusi kedua kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 ini.
RASMI : GPS menang kerusi pertama di DUN N.27 Sebuyau

KUCHING, 18 Dis : Gabungan Parti Sarawak (GPS) menang kerusi pertama Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak dengan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau.
TAK RASMI : Dr. Sim (GPS) sedang mendahului Dr. Kelvin (DAP ) di DUN Batu Kawah

KUCHING, 18 Dis : Datuk Seri Dr. Sim Kui Hian yang mewakili Gabungan Parti Sarawak kini sedang selesa mendahului tiga pencabarnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawah.
TAK RASMI : Douglas Uggah mendahului di DUN Bukit Saban

BUKIT SABAN , 18 Dis : Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang turun mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban kini dilaporkan sedang jauh mendahului dua pencabarnya ketika proses pengiraan undi sedang berlangsung.
TAK RASMI : Sengit di DUN Pelagus, GPS pintas PSB

KUCHING, 18 Dis : Saingan lima penjuru kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelagus berlangsung sengit sebaik sahaja kiraan undi bermula.
TAK RASMI : Tiong King Sing (GPS, 601), Hie Ping (148) di Dudong

KUCHING, 18 Dis : Pertarungan sengit lapan penjuru merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong ketika ini menyaksikan wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Tiong King Sing sedang mengatasi lawannya apabila meraih 601 undi.
TIDAK RASMI : Cikgu Roy sedang dahului kiraan awal di DUN N.57 Tellian

KUCHING, 18 Dis : Calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian, Royston Valentine atau Cikgu Roy kini sedang memberikan khabar gembira kepada penyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) apabila beliau diberitakan mendahului kiraan undi awal bagi DUN berkenaan.
TIDAK RASMI : DUN N.23 Bukit Semuja, GPS (1,629), PSB (451)

KUCHING, 18 Dis : Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Semuja memberikan harapan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) apabila calonnya, John Ilus kini sedang selesa mendahului kesemua pencabarnya berdasarkan kiraan undi awal.
TIDAK RASMI: GPS pimpin kiraan undi awal di DUN N.21 Tebedu

KUCHING, 18 Dis : Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu, Dr. Simon Sinang selesa mendahului kiraan undi awal bagi kawasan itu.
TIDAK RASMI: DUN N.39 Krian setakat 4 petang, GPS (2,083), PSB (1,569)

KRIAN,18 DIS: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian, Friday Anak Belik mendahului undi menerusi catatan 2083 setakat 3:.30 petang tadi.