GPS raih majoriti mudah, bentuk kerajaan negeri

Oleh: Shah Harizal
RASMI : TERKINI , GPS bentuk kerajaan negeri, menang majoriti mudah

KUCHING, 18 Dis : Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya membentuk kerajaan negeri apabila mencapai majoriti mudah dengan menang 43 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) setakat pukul 8.55 malam tadi.
RASMI : GPS perlukan 4 kerusi DUN lagi untuk bentuk kerajaan negeri

KUCHING, 18 Dis : Gabungan Parti Sarawak (GPS) kini hanya memerlukan empat kerusi sahaja lagi bagi membentuk kerajaan negeri.
RASMI : Azizul Annuar berjaya pertahankan kerusi tradisi DUN N.03 Tanjong Datu

KUCHING, 18 Dis : Azizul Annuar Adenan, calon muka baharu Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya melaksanakan misinya apabila mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak hari ini.
RASMI : Setakat 7.55 malam , GPS menang 20 kerusi, PSB 2 kerusi

KUCHING, 18 Dis : Setakat pukul 7.55 malam tadi, Gabungan Parti Sarawak (GPS) berada di landasan terbaik untuk mempertahankan pentadbiran Sarawak apabila telah memenangi 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
RASMI : Baru Bian sumbang kerusi pertama Parti Sarawak Bersatu (PSB)

KUCHING, 18 Dis : Parti Bersatu Sarawak (PSB) menang kerusi pertamanya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak menerusi Baru Bian yang menang di DUN Ba’Kelalan.
RASMI : GPS menang 8 kerusi, PSB 1 kerusi

TERKINI : Setakat pukul 7.25 malam tadi, Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah memenangi lapan kerusi manakala Parti Sarawak Bersatu (PSB) menang satu kerusi daripada 82 yang dipertandingkan.
RASMI : Abang Johari menang DUN N.26 Gedong

KUCHING, 18 Dis : Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berjaya memimpin jentera Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak hari ini.
RASMI : GPS pertahankan kerusi DUN N.61 Pelagus

KUCHING, 18 Dis : Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelagus menerusi wakilnya , Wilson Nyabong Ijang.
TAK RASMI : Abang Johari hampir pasti menang kerusi DUN N.26 Gedong

KUCHING, 18 Dis : Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kini selesa mendahului tiga pencabarnya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong.