Identiti mangsa nahas pesawat Hawk dikenal pasti

BUTTERWORTH, 17 Nov — Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengenal pasti identiti dua juruterbangnya yang terbabit dalam nahas pesawat Hawk 108 di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang, malam semalam (16 Nov). Markas Tentera Udara dalam satu kenyataan memaklumkan dua juruterbang berkenaan dikenali sebagai Kapt Mohamad Affendi Bustamy dan Mejar Mohd Fareez Omar.

Dengar letupan dua kali – Saksi

BUTTERWORTH, 17 Nov — “Saya terdengar dua bunyi letupan kuat sebelum nampak api mula marak dalam kawasan landasan TUDM,” kata seorang saksi kejadian pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas berhampiran di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth, di sini malam tadi.