Pendaftaran secara jumpa terus bagi individu layak dos penggalak bermula 22 Nov

KUALA LUMPUR 16 Nov : Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Penggalak (CITF-B) yang dipengerusikan oleh Menteri Kesihatan , Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini bersetuju melaksanakan pendaftaran nama dalam senarai menunggu secara jumpa terus di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) fasiliti kesihatan di seluruh negara bermula 22 November depan.