Brooke Dockyard dan Shell meterai perjanjian bina struktur luar pesisir

KUCHING, 4 Nov: Ketua Menteri , Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah menyaksikan Majlis Menandatangani Kontrak di antara Brooke Dockyard and Engineering Works Corporation Sarawak dengan Sarawak Shell Berhad (SSB) bagi kerja-kerja Kejuruteraan, Perolehan dan Pembinaan (EPC) sebuah struktur luar pesisir untuk projek pembangunan gas lapangan Timi.