BN dikompaun RM10,000 langgar SOP PPN

KUALA LUMPUR, 28 Okt — Pejabat Kesihatan Kepong telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM10,000 kepada Barisan Nasional (BN) kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Caj tambahan 50 sen bil astro tumpuan Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR, 28 Okt — Persidangan Dewan Rakyat yang memasuki hari keempat hari ini bakal membincangkan mengenai caj 50 sen dikenakan sebagai komisen oleh pejabat pos kepada pelanggan yang membayar bil Astro secara manual di premis berkenaan.

Dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya, Najib saman Tommy Thomas

KUALA LUMPUR, 28 Okt — Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dan sebuah syarikat penerbitan berhubung kenyataan fitnah membabitkan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dalam buku berjudul ‘My Story: Justice in the Wilderness.’

Malaysia gesa negara peserta konvensyen terima lebih ramai pelarian Rohingya

KUALA LUMPUR, 28 Okt– Malaysia menggesa semua pihak supaya dapat berkongsi tanggungjawab, terutama dalam kalangan negara yang menandantangani Konvensyen Pelarian 1951 bagi menghormati dan terus komited terhadap obligasi perundangan antarabangsa mereka bagi menerima lebih ramai pelarian Rohingya sama ada untuk penempatan atau pemindahan semula.