BN dikompaun RM10,000 langgar SOP PPN

KUALA LUMPUR, 28 Okt — Pejabat Kesihatan Kepong telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM10,000 kepada Barisan Nasional (BN) kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Vaksin COVID-19: 24.16 juta populasi negara lengkap divaksinasi

KUALA LUMPUR, 28 Okt: Seramai 24.16 juta individu atau 74 peratus daripada populasi keseluruhan negara telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.
Caj tambahan 50 sen bil astro tumpuan Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR, 28 Okt — Persidangan Dewan Rakyat yang memasuki hari keempat hari ini bakal membincangkan mengenai caj 50 sen dikenakan sebagai komisen oleh pejabat pos kepada pelanggan yang membayar bil Astro secara manual di premis berkenaan.
Dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya, Najib saman Tommy Thomas

KUALA LUMPUR, 28 Okt — Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dan sebuah syarikat penerbitan berhubung kenyataan fitnah membabitkan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dalam buku berjudul ‘My Story: Justice in the Wilderness.’
Malaysia gesa negara peserta konvensyen terima lebih ramai pelarian Rohingya

KUALA LUMPUR, 28 Okt– Malaysia menggesa semua pihak supaya dapat berkongsi tanggungjawab, terutama dalam kalangan negara yang menandantangani Konvensyen Pelarian 1951 bagi menghormati dan terus komited terhadap obligasi perundangan antarabangsa mereka bagi menerima lebih ramai pelarian Rohingya sama ada untuk penempatan atau pemindahan semula.
Penipuan dalam talian catat kerugian RM380 juta- Bukit Aman

KUALA LUMPUR, 28 Okt — Sebanyak 15,935 kes penipuan dalam talian dengan nilai kerugian kira-kira RM380 juta direkodkan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.
Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga sasterawan negara

KUALA LUMPUR, 28 Okt– Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga sasterawan negara Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah.
Bangladesh berhasrat penuhi keperluan tenaga kerja Sarawak – Timbalan Pesuruhjaya Tinggi

KUCHING, 28 Okt — Bangladesh bersedia untuk memenuhi keperluan tenaga buruh di Sarawak dalam pelbagai sektor terutamanya perladangan dan ini akan dilaksanakan antara kerajaan dengan kerajaan, kata Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia Mohammad Khorshed A Khastagir semalam.
Kejutan di terbuka Perancis, Zii Jia tersingkir awal

KUALA LUMPUR, 28 Okt — Jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia menerima kejutan besar selepas beliau disingkirkan awal dalam Kejohanan Terbuka Perancis 2021, hari ini oleh pemain bukan pilihan Loh Kean Yew dari Singapura.