Tiga beradik reka cerita palsu untuk dapatkan wang tebusan dari bapa

MUAR, 5 Oktober — Polis menahan tiga beradik perempuan yang mereka-reka cerita kononnya dikurung, dan kemudiannya meminta wang tebusan daripada bapa mereka sendiri di Pagoh, dekat sini dan Iskandar Puteri, semalam.
Pesara kerajaan ditemui lemas di Pantai Batu 4, Port Dickson

PORT DICKSON, 5 Oktober — Mayat seorang persara kerajaan yang lemas selepas mandi di laut ditemui di tepi pantai Batu 4 1/2, dekat sini petang semalam.
Keputusan kerajaan wajibkan penjawat awam ambil vaksin sah mengikut syarak – Pakar Syariah

KUALA LUMPUR, 6 Oktober — Keputusan kerajaan mewajibkan penjawat awam mengambil vaksin COVID-19 berdasarkan pertimbangan tertentu, adalah sah dari sudut pandangan syariah dan perlu dipatuhi serta tidak boleh dianggap menyekat kebebasan individu di negara ini, kata seorang pakar syariah.
Covid-19 : Saringan individu bergejala, kontak rapat punca kes di beberapa daerah di Sabah meningkat

KOTA KINABALU, 5 Oktober — Peningkatan saringan ke atas individu bergejala dan kontak rapat membawa kepada penambahan kes baharu COVID-19 di beberapa daerah di Sabah, yang menyebabkan kes positif di negeri ini meningkat kepada 805 kes hari ini.
Bayi lebam pada anggota badan selepas dihantar pertama kali kepada pengasuh

KUALA LUMPUR, 5 Oktober — Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan lebam pada muka, pipi, telinga kiri dan paha kiri selepas dihantar kepada seorang pengasuh di Taman Selayang Jaya, Selayang, dekat sini pada Jumaat lepas.