Polis Melaka tumpaskan sindiket pengedaran dadah ‘Geng Misai’

MELAKA, 28 September — Sindiket pengedaran dadah Geng Misai yang didalangi bapa, ahli keluarga dan kenalan rapat sejak sebulan lepas berjaya ditumpaskan dengan penangkapan enam ahli geng terbabit dalam beberapa serbuan di Melaka Tengah dan Alor Gajah hujung minggu lepas.
Ketua Menteri terima kunjungan hormat Konsul Jeneral Indonesia

KUCHING, 28 Sept: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Konsul Jeneral Republik Indonesia, Yonny Tri Praitno.
Peruntukan pelaksanaan jendela di Sarawak tiba tepat pada masanya – UNIMAS

KUCHING, 28 September — Peruntukan RM4.09 bilion untuk Sarawak melaksanakan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) merupakan rangsangan yang tiba tepat pada masanya bagi menaik taraf infrastruktur pendidikan selain menyokong inisiatif ekonomi digital negeri ini.
Baru keluar, masuk lagi

KUCHING, 28 Sept: Seolah-olah tidak puas meringkuk di dalam penjara, dua orang bekas banduan yang baru sahaja dibebaskan kembali melakukan jenayah.
Tun Taib terima kunjungan hormat Jawatankuasa Sambutan Perayaan Hari Lahir TYT Ke-85

KUCHING, 28 Sept: Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Penganjur Sambutan Perayaan Hari Lahir ke-85 Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Demak Jaya, di sini, pagi tadi.