Dua beradik menang cabaran TikTok ‘Malaysia: Ekspresi Kemerdekaan 2021’

LABUAN, 25 Sept : Dua murid Sekolah Antarabangsa Labuan (LIS) yang juga adik-beradik iaitu Jewel Chieng Shao Li dan Nathania Chieng Shao Yin telah memenangi Cabaran TikTok ‘Malaysia: Ekspresi Kemerdekaan’ 2021 anjuran Kementerian Pendidikan (KPM) sempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.