Tanah runtuh: Penduduk Kemensah Heights harap kerja baiki cerun disegerakan

KUALA LUMPUR, 23 Sept  — Penduduk yang terjejas dalam kejadian tanah runtuh Jalan Kemensah Heights, di sini Jumaat lepas berharap kerja-kerja penstabilan cerun dan memperbaiki aliran  Sungai Kemensah dapat dilaksanakan segera untuk mengelakkan kejadian sama berulang terutamanya apabila tiba musim hujan.